Adakah anda patut mengambil seorang perunding SEO atau seorang pakar pemasaran digital?

Apakah perbezaan antara seorang perunding syarikat SEO malaysia dan seorang pakar pemasaran digital? Lebih lagi apabila ia berkaitan untuk penyumberan luar laman web anda kepada agensi yang lain, yang mana merupakan pilihan terbaik?

Apabila anda telah membuat keputusan bahawa sudah tiba masanya untuk meningkatkan kehadiran online anda dan mendapat banyak manfaat Internet yang telah dinawarkan, maka soalan seterusnya yang anda perlu jawab adalah sama ada anda perlu mengupah seorang perunding SEO atau seorang pakar pemasaran digital.

Bagi ramai orang, perbezaan antara dua pakar tersebut tidak diketahui. Tetapi untuk membantu anda membuat keputusan yang lebih baik, biarlah kita menjelaskan beberapa perkara asas yang patut anda ketahui.

Apakah perbezaan antara perunding SEO dengan pakar pemasaran digital?

Perkara pertama yang perlu memahami adalah bahawa ia tidak semestinya bermakna bahawa terdapatnya perbezaan antara pakar SEO dan pakar pemasaran digital. Dalam banyak kes, kedua-duanya akan melaksanakan fungsi yang sama dan mempunyai kemahiran yang sama tetapi mereka mungkin menggunakan jawatan yang berbeza terutamanya untuk tujuan pemasaran. Sebelum kita masuk ke mengapa mereka boleh berbuat demikian, mari kita lihat apa yang secara teori berkata.

Perunding SEO

Seorang perunding SEO adalah seseorang yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang diperlukan untuk mengoptimumkan laman web anda untuk enjin carian dan meningkatkan kedudukan anda dalam hasil carian. Untuk melakukannya, mereka akan menggunakan teknik dan amalan pengoptimuman enjin carian. Matlamat utama bagi seorang perunding SEO adalah untuk meningkatkan trafik laman web anda.

Pakar Pemasaran Digital

SEO adalah sebenarnya satu subset pemasaran digital dan seorang pakar pemasaran digital yang benar akan perlu menguruskan banyak kawasan lain selain SEO, sebagai contoh pemasaran content, sosial media pemasaran, pemasaran e-mel, pemasaran mudah alih, banner pengiklanan dan sebagainya.

Jadi dengan perbezaan antara keduanya dalam segi makna adalah bahawa pakar SEO hanya akan mengambil berat tentang mendapatkan lebih banyak lawatan organik dan pakar pemasaran digital pula akan melihat pada kehadiran online sebuah syarikat secara kesuluruh yang lebih melampaui dari hanya segi SEO.

Teori atau Pengalaman

Dalam dunia nyata teori adalah berbeza daripada apa yang sebenarnya berlaku dan ini adalah satu kes tepat bagi pakar pemasaran SEO dan digital. Dalam kebanyakan kes seorang perunding SEO yang baik, juga akan menjaga semua komponen pemasaran digital. Mereka boleh menggunakan jawatan sebagai seorang perunding SEO kerana sebahagian besar bagi orang ramai ini lebih difahami daripada nama yang lebih canggih iaitu perunding pemasaran digital.

Ambil misalnya kes kami, walaupun kami menawarkan pelbagai perkhidmatan pemasaran digital, kami masih namakan perkhidmatan kami sebagai pakej SEO kerana ini adalah apa yang pelanggan kami gunakan untuk mencari kami di Google. Mereka boleh menggunakan istilah ini tetapi apa yang mereka mahu dalam realiti tidak hanya SEO tetapi beberapa perkhidmatan yang lain dan ini adalah apa yang kita menawarkan kepada mereka.

Pemasaran Digital adalah trend paling terkini

Jika kita lupa tentang jawatan yang berbeza selama seminit dan menumpukan perhatian kepada fungsi sebenar, ia adalah jelas bahawa dalam usaha untuk berjaya secara online anda perlu melakukan lebih daripada hanya SEO yang biasa. Pada masa dahulu, SEO sudah mencukupi tetapi dengan zaman yang semakin meningkatnya media sosial dan telefon bimbit, jika anda ingin mempunyai kehadiran online yang betul dan mendapatkan kepada pelanggan anda sebelum pesaing anda, maka anda perlu mempunyai strategi pemasaran digital yang kukuh.

Adakah ini bermaksud SEO sudah tidak berguna? TIDAK, ini bukan bermaksud SEO sudah tidak berguna dan lebih lagi ia akan masih digunakan untuk selamanya. Satu-satunya perbezaan sekarang adalah anda perlu mengambil peduli lebih banyak perkara dan bukan sahaja kapada SEO. Apabila saya merujuk kepada SEO, saya tidak bercakap tentang membeli/membina/bertukar-tukar link untuk tujuan memanipulasi kedudukan enjin carian; ini bukan SEO tetapi teknik spam yang dibuat oleh penghantar spam.

SEO adalah tentang membina laman web yang berkualiti tinggi dan juga yang mesra pengguna tetapi juga boleh difahami dengan mudah oleh enjin carian.

Jadi, siapa yang patut anda ambil?

Anda perlu mengupah seseorang yang mampu mempromosikan perniagaan anda secara online dengan mengambil kesempatan daripada semua alat yang sedia ada di dalam dunia digital. Tidak kira jika seseorang itu dipanggil perunding SEO, pakar pemasaran Internet atau pengurus pemasaran digital; apa yang lebih penting adalah kemahiran dan pengalaman yang mereka mempunyai dan sudah tentu keputusan yang mereka boleh menghasilkan.

5 soalan yang patut anda tanya kepada rakan kongsi bisnes anda (biar pun seorang perunding atau pakar pemasaran digital)

Apabila tiba masanya untuk membuat keputusan untuk mengupah perunding atau agensi untuk mempromosikan perniagaan anda secara online terdapat beberapa soalan anda yang harus bertanyakan kepada rakan kongsi perniagaan prospektif anda.

  • Apakah pengalaman mereka dengan SEO dan Pemasaran Digital?
  • Minta contoh secara langsung, kajian kes atau testimonial tentang kerja mereka. Di samping itu, anda boleh bertanya berapa lama mereka telah bekerja secara online dan minta butiran mengenai latar belakang akademik mereka, kelayakan dan sebagainya.
  • Mintakan teknik apakah yang akan mereka menggunakan untuk mempromosikan laman web anda.
  • Apakah teknik SEO yang mereka akan gunakan, bagaimana mereka akan menggunakan semua komponen pemasaran digital (kandungan pemasaran, media sosial, pemasaran e-mel, pemasaran mudah alih) dan bagaimana ini akan memberi manfaat kepada syarikat anda.
  • Tanyakan harga.
  • Berapa banyak yang anda perlu bayar untuk perkhidmatan mereka? Adakah mereka akan mengenakan kos tetap setiap bulan atau bayaran setiap jam? Adakah mereka akan memberikan laporan kemajuan bulanan terperinci supaya anda tahu di mana wang anda dibelanjakan?
  • Tanyakan jika mereka boleh memastikan posisi pertama dalam Google
  • Ini adalah suatu soalan yang rumit untuk ditanyakan tetapi seorang perunding yang baik tidak akan menjaminkan hasil tersebut. Sebagai contoh, apa yang kami akan menjamin dan menawarkan wang kembali adalah kami akan meningkat trafik dalam laman web keseluruhan anda tetapi kami tidak akan menjaminkan kedudukan pertama walaupun pada akhirnya kami akan menguruskan untuk berbuat demikian.
  • Uji kerja mereka dahulu sebelum membuat skala penuh
  • apa yang kami akan lakukan untuk memberikan pelanggan bakal peluang untuk menguji kualiti kerja kami, komunikasi dan perkhidmatan keseluruhan yang telah kami menawarkan adalah untuk memulakan kerjasama kami dengan perkhidmatan Audit SEO kami. Ini adalah pada dasarnya, suatu perkhidmatan yang mempunyai bayaran yang rendah sekali masa dan keputusan akhir adalah satu laporan yang menerangkan masalah yang terdapat dalam laman web tersebut, apa yang perlu untuk diubah dan ia adalah langkah pertama untuk mereka membentuk strategi keseluruhan pemasaran digital yang disesuaikan untuk keperluan syarikat tertentu.

Jika mereka tidak menawarkan perkhidmatan seperti ini, anda boleh bersetuju dengan mereka untuk melakukan sesuatu yang tidak akan menyebabkan kos wang yang banyak (mungkin meminta mereka untuk melakukan laporan analisis pesaing) tetapi akan memberikan anda satu idea tentang betapa komited mereka dengan tempoh masa dan kualiti kerja mereka

Konklusi

Jika anda hidup di dunia yang sempurna di mana semua orang berpengetahuan tentang trend terkini dalam pemasaran digital maka anda perlu mengupah seorang pengurus pemasaran digital. Menurut teori bahawa seorang atau sesebuah syarikat harus berada dalam kedudukan untuk menguruskan dan mengambil kesempatan daripada semua peluang pemasaran digital.

Dalam dunia sebenar disebabkan adanya sesetengah orang yang tidak dapat tahu akan apa yang terkini atau apa yang berlaku di dunia secara online, jadi mereka masih menggunakan istilah SEO untuk mencari perunding tetapi apa yang mereka betul-betul perlukan adalah seorang perunding yang akan melakukan lebih daripada segi SEO iaitu seorang pengurus pemasaran digital. Dengan ini, laman web anda dapat dipromosikan dengan lebih berleluasa dan dengan lebih efektif.

Secara konklusinya, tanpa mengira terminologi dan jawatan, apa yang lebih penting pada akhirnya adalah hasil dan manfaat bagi syarikat anda dari mana-mana perunding yang akan datang. Biar pun seorang perunding SEO ataupun seorang pakar pemasaran digital. Asalkan laman web anda mendapat mencapai matlamat yang anda inginkan dan anda tidak mempunyai apa-apa kerugian dari segi masa dan wang. Anda telah membuat keputusan yang betul.